Thursday, January 8, 2009

Salam perkenalan~


Tan Sri Dr P.Ramlee

Aku kenal P.Ramlee sejak aku masih kecil, didedahkan dengan jenaka bersahaja beliau, memang cukup menarik. Aku yakin ada diantara kamu-kamu semua seperti aku, dengar sahaja nama P.Ramlee membuatkan kita teringat pada cerita,lagu dan rupa beliau, memberi kesan yang cukup mendalam dalam diri kita. Aku juga cukup bangga kerana ada juga insan-insan yang cuba menjadi P.Ramlee, maksud aku, menjadikan P.Ramlee sebagai salah seorang idola mereka.

Aku membuka blog ini supaya aku dapat berkongsi pandangan dan kenangan aku pada Allahyarham P.Ramlee.

Di barat Elvis Presley menjadi pujaan. Di asia tenggara, khususnya Malaysia, P.Ramlee menjadi sanjungan. Tidak salah kalau kita fanatik dengan P.Ramlee, dan diharap kita selalu mendoakan dia didalam doa seharian kita. Semoga rohnya dicucuri rahmat.. Al-Fatihah.